Advertisements
Live: Leong Jun Hao vs Jonatan Christie, Waktu & Siaran TV Kumamoto Masters
Live
MakanBola
BA Malaysia

Aksi tumpuan para peminat badminton negara bakal terarah ke perlawanan di antara Kumamoto Masters yang melibatkan Leong Jun Hao vs Jonatan Christie di separuh akhir.

Jun Hao memulakan kempen di Kumamoto Masters dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan jaguh India, Lakhsya Sen dalam pertarungan 3 set yang memakan masa 74 minit.

Setelah itu, dua wakil tuan rumah, Koki Watanabe dan Kodai Naraoka pula menjadi mangsa seterusnya yang disingkirkan oleh Jun Hao untuk menempah tiket ke aksi separuh akhir.

Di separuh akhir nanti, Jun Hao bakal berdepan tentangan pemain keenam dunia dari Indonesia, Jonatan Christie yang mara setelah menumbangkan Lee Zii Jia dalam tempoh 64 minit.

Selain Jun Hao, dua lagi wakil negara turut melangkah ke separuh akhir iaitu beregu lelaki, Nur Azriyn-Tan Wee Kiong dan pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Rekod Pertemuan Leong Jun Hao vs Jonatan Christie

Berdasarkan data oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), ini bakal menjadi pertemuan ke-3 membabitkan Jun Hao dan Christie dengan masing-masing mencatat satu kemenangan.

Kali terakhir kedua-dua pemain bertemu adalah di Denmark Open pada Oktober lalu yang menyaksikan Christie berjaya meraih kemenangan 21-16, 21-14 ke atas Jun Hao.

Info Siaran Langsung Leong Jun Hao vs Jonatan Christie

Tarikh: 16 November 2024 (Sabtu).
Masa: 9:00 Pagi.
Venue: Kumamoto Prefectural Gymnasium.
Siaran Langsung: Astro Supersports & Youtube BWF.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.