Advertisements
Japan Masters: Jonatan Christie Tamatkan Perjalanan Lee Zii Jia
UltraSukan
UltraSukan
Olympic Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa akur terlepas tiket ke separuh akhir Kumamoto Masters setelah disingkirkan wakil Indonesia, Jonatan Christie.

Advertisement

Setelah cemerlang menumpaskan Su Li Yang pada Khamis, Zii Jia turun berdepan Jonatan Christie dari Indonesia untuk aksi penentuan wakil yang bakal mara ke separuh akhir.

Berdasarkan rekod lampau, ini merupakan pertemuan ke-11 dengan Zii Jia dan juga Christie masing-masing memenangi lima perlawanan yang lalu di antara kedua-dua pemain.

Advertisement

Set pertama bermula baik buat wakil tunggal negara apabila serangan-serangan yang dilakukan Zii Jia gagal dikembalikan oleh Christie untuk mengutip mata demi mata.

Memimpin permainan dengan kelebihan 9 mata, Zii Jia tampil cukup cemerlang untuk menutup aksi dengan kemenangan bergaya 21-12 ke atas pemain keenam dunia itu.

Advertisement

Bersambung di set kedua, rentak membara terus dibawa jaguh kelahiran Kedah ini apabila berjaya bangkit memintas Christie meskipun lawan mendahului di awal permainan.

Advertisement

Pemain Indonesia yang juga juara All England 2024 itu cuba mengejar dan berjaya meraih lima mata berturut-turut dari 16-18 untuk merampas kemenangan 21-18 di set kedua.

Di set penentuan, aksi penuh sengit dengan kedua-dua pemain saling bertukar servis sebelum Christie singkirkan Zii Jia dalam tempoh masa 60 minit.

Advertisement

Aksi di gelanggang 1 berakhir dengan kemenangan 12-21, 21-18, 21-18 buat Jonatan Christie.