Live: Selangor vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super
MakanBola
Selangor FC

Aksi tumpuan Liga Super minggu ke-24 bakal menemukan Selangor vs Terengganu di Kelana Jaya.

Selepas rehat hampir 2 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan skuad kebangsaan, kini saingan Liga Super bakal kembali bersambung dengan 6 aksi menarik buat penyokong bola sepak tempatan.

Ad

Tumpuan para peminat sudah pasti terarah kepada aksi yang berlangsung di Kelana Jaya melibatkan pasukan Selangor vs Terengganu dengan pertemuan hangat ini bakal menjanjikan momen menarik.

Ad

Selangor pastinya mahu bangkit dari kekalahan 1-2 di tangan Kuching City dalam perlawanan terakhir di gelanggang lawan tatkala pasukan Terengganu impikan 3 mata untuk mengejar tempat ke-3 Liga Super.

Carta Liga Super kini menyaksikan Selangor sudah menjamin tempat di tangga kedua dengan 46 mata tatkala Terengganu pula huni kedudukan ke-5, hanya 4 mata sahaja di belakang Kuching City.

Ad

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada 28 September 2024 di Gong Badak yang menyaksikan Selangor menang tipis 1-0 hasil jaringan di minit awal daripada Ronnie Fernandez.

Ad

Kesebelasan Utama Selangor vs Terengganu

Ad

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Selangor vs Terengganu

Tarikh: 5 April 2025 (Sabtu).
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments