Live: Siaran Langsung Perak vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super
MakanBola
Perak FC

Aksi minggu ke-14 Liga Super menemukan antara Perak dan juga Terengganu.

Skuad kendalian Yusri Che Lah mahu bangkit daripada kekecewaan selepas tunduk kepada Sabah dengan keputusan 4-2.

Beliau mengakui bahawa faktor fizikal memberi kelebihan kepada pasukan pelawat sambil bakal melayan kunjungan Terengganu minggu ini.

Ad

Yusri yang berjaya membina momentum baik bersama pasukan mahu kembali mendapatkan rentak kemenangan.

Ad

“Jadi, untuk kunjungan Terengganu kali ini, saya rasa nampak sukar daripada sebelumnya. Mungkin sebab mereka lebih stabil dan sebagainya. 

“Tetapi kali ini, lebih sukar kerana kesukaran mereka itu menyukarkan kita kerana mereka sukar dijangkakan dan apa yang diperagakan esok. 

Ad
Ad

“Jadi, sudah pasti kedua-dua pasukan inginkan kemenangan lebih-lebih lagi kepada pasukan kami selaku tuan rumah. Kami tak boleh tercicir mata lagi. Dan ini juga peluang untuk menebus pada awal permainan musim ini dan mengharapkan sokongan padu daripada peminat,” katanya kepada Nadi Bola.

Ad

Situasi sama diharungi oleh kem Terengganu yang tewas mengejut kepada Kedah Darul Aman di Gong Badak tempoh hari.

Skuad kendalian Badrul Afzan yang kini menghuni tangga ke-4 Liga Super tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir sekaligus terdesak untuk mendapatkan kemenangan.

Kesebelasan Utama Perak vs Terengganu

Info Siaran Langsung Perak vs Terengganu

Tarikh: 26 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 5 Petang
Venue: Stadium Manjung, Perak.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.