Liverpool Berisiko Hilang Tiga Bintang
EPL
Liverpool
Advertisements

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mungkin bakal kehilangan tiga bintang utama pasukan selepas ketiga-tiganya akan tamat kontrak tidak lama lagi.

Tiga bintang utama yang dimaksudkan adalah penyerang berbisa Mohamed Salah, pertahanan tengah, Virgil van Dijk dan pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold.

Ketiga-tiga pemain ini dijangka akan tamat kontrak dalam tempoh 18 bulan lagi dan berpotensi untuk mengikut jejak langkah Jurgen Klopp yang turut akan meninggalkan pasukan

Advertisements

Sebelum ini, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp telah mengumumkan pengunduran beliau dari kerusi panas Liverpool selepas tamat musim ini.

“Pemergian Jürgen Klopp berpotensi menyaksikan Virgil van Dijk, Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold turut meninggalkan Liverpool, dengan setiap pemain hanya mempunyai baki 18 bulan dalam perjanjian mereka,” dedah Transfer News Live di laman X.

Untuk mengelak kehilangan tiga tonggak utama pasukan ini secara percuma, pengurusan Liverpool perlu bertindak pantas untuk memberikan tawaran kontrak lanjutan kepada ketiga-tiga pemain yang memiliki reputasi yang hebat ini.

Advertisements

Liverpool kini dalam momentum terbaik untuk merangkul gelaran juara EPL selepas mereka kini berada di puncak carta dengan mengumpul 48 mata selepas 21 perlawanan. Liverpool kini dibezakan lima mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram