Jurgen Klopp Umum Tinggalkan Liverpool Pada Penghujung Musim
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Jurgen Klopp mengumumkan berita tergempar apabila beliau akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim 2024/2025.

Jurulatih kelahiran Jerman itu membimbing Liverpool hampir sepuluh tahun setelah menyertai kelab tersebut pada tahun 2015 dan memenangi pelbagai kejuaraan bersama The Reds seperti trofi Premier League 2019/2020, trofi Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019, Piala FA 2021/2022 dan Piala Liga 2021/2022.

Jurgen Klopp telah berkongsikan berita mengejut itu dalam satu temu bual khas bersama pihak Liverpool.

Advertisements

“Saya dapat memahami bahawa ini adalah kejutan untuk semua orang pada masa ini jika anda mendengarnya buat kali pertama tetapi saya akan cuba menjelaskannya.”

“Saya benar-benar suka segala-galanya tentang kelab ini, saya suka semuanya tentang bandar, saya suka semuaya tentang penyokong kami, saya sayang kelab, saya sayang kakitangan. Saya suka semuanya. Tetapi saya masih mengambil keputusan ini kerana saya yakin ini adalah keputusan yang sepatutnya.” ujar Klopp.

“Saya boleh mengatakan bahawa saya sudah kehabisan tenaga. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya tahu bahawa saya tidak boleh melakukan kerja itu lagi dan lagi dan lagi dan lagi.”

Advertisements

“Selepas bertahun-tahun masa yang kita habiskan bersama dan selepas semua perkara yang kita lalui bersama, rasa hormat semakin meningkat untuk kamu dan sekurang-kurangnya saya berhutang kepada kamu adalah satu kebenaran.” jelasnya.

Jurgen Klopp ketika ini berjaya membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Carabao dan akan bertemu Chelsea manakala Liverpool berada ditangga teratas liga ketika ini dengan mengumpul 48 mata setelah mengharungi 21 perlawanan.

Malah Liverpool turut masih belum tersingkir dari kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA.

Advertisements

Selain Jurgen Klopp, pembantu pengurus iaitu Pepijn Lijnders dan Peter Krawietz serta jurulatih pembangunan Liverpool turut akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.

Pengurus berusia 56 tahun itu bakal meninggalkan legasi yang bermakna kepada penyokong Liverpool setelah membantu mengubah kelab tersebut menjadi pesaing utama liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram