Liverpool Berminat Pinjam Kylian Mbappe
Eropah
Getty Images
Advertisements

Liverpool dikhabarkan sedang berhubung dengan PSG bagi membincangkan satu perpindahan secara pinjaman melibatkan bintang piala dunia Perancis, Kylian Mbappe.

Kylian Mbappe ketika ini sedang diburu Real Madrid dan Al-Hilal selepas PSG mengumumkan bersedia untuk menjual pemain Perancis tersebut ekoran keengganan Mbappe memperbaharui kontrak bersama PSG.

Rundingan Al-Hilal ditolak Mbappe kerana keinginan beliau ingin bermain untuk Real Madrid. Namun setakat ini masih belum ada tawaran rasmi daripada Real Madrid walaupun kelab tersebut sudah mencapai kata sepakat berkenaan terma peribadi bersama Mbappe.

Advertisements

Liverpool kemudian bersedia menawarkan kontrak pinjaman selama satu tahun bersama yuran pinjaman yang belum didedahkan.

Ini bakal memberi peluang kepada Mbappe untuk menyertai kelab idaman beliau, Real Madrid pada musim seterusnya.

Mbappe mempunyai minat terhadap Jurgen Klopp dan mereka pernah berbincang mengenai perpindahan ke Liverpool sebelum Mbappe memilih untuk berpindah ke PSG dari Monaco menurut laporan The Mirror.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun tersebut walau bagaimanapun dijangka hanya inginkan perpindahan ke Real Madrid buat masa ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram