Liverpool & Man United Buru Tonggak Hebat Bernilai RM180 Juta
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Man United FC memburu khidmat pengganti jangka panjang di bahagian serangan pasukan.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah pemain sayap Borussia Dormund, Donyell Malen yang kini menjadi sebutan ramai di Jerman.

Bintang kelahiran Belanda itu sudah menyertai The Yellow Walls sejak tahun 2021 menjadi antara watak penting pasukan.

Advertisements

Beliau ketika ini sudah meledak 11 gol dan 3 bantuan gol dalam 23 penampilan bersama kelab termasuklah membantu pasukan layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Menerusi laporan oleh wartawan terkemuka Eropah, Christian Falk, tiga kelab berminat untuk mendapatkan khidmat Donyell Malen iaitu Liverpool, Man United dan juga Arsenal.

Pemain yang dianggarkan bernilai 35 Juta Euro (RM180 Juta) ini masih memiliki kontrak bersama gergasi Jerman itu sehingga tahun 2026 namun sedia membawa haluan baharu.

Advertisements

Tiga pasukan ini terdesak untuk membawa watak baharu untuk memberi kekuatan tambahan pada jentera serangan menjelang musim baru.

Sebelum ini, Man United menunjukkan minat yang besar untuk membawa masuk Malen ke Old Trafford.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram