Man United & Liverpool Berebut Bintang ‘RM180 Juta’ Eropah
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Liverpool membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain sayap lincah Belanda, Donyell Malen.

Pemain Borussia Dortmund ini sering mencuri rumpuan pasukan gergasi di Eropah susulan persembahan memukaunya di Bundesliga.

Malen sudah lama berada dalam pantauan ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp yang berhasrat untuk membawa pemain ini ke Anfield sejak awal musim lalu.

Advertisements

Menerusi beberapa perkembangan terbaru oleh media di Eropah, Erik Ten Hag difahamkan sudah memulakan langkah untuk mendapatkan bekas pemain PSV Eidhoven ini.

Malen memiliki nilai pasaran setinggi RM180 Juta sudah pasti dinilai berbaloi untuk mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Krisis kecederaan dan pemain yang tidak cemerlang dalam skuad The Red Devils memungkinkan pemain ini bakal dibawa masuk seawal Januari tahun hadapan.

Advertisements

Pada musim ini, Malen sudah meledak 4 gol dalam 12 penampilan liga sementara masih belum mencatat nama selaku penjaring di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram