“Benda Ni Salah, Mickey Ada Hak Untuk Lawan” – Faisal Halim
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Faisal Halim meluahkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku kepada dirinya dan pengurusan bekas kelab diwakilinya, Terengganu.

Selepas membantu Malaysia menewaskan Laos 5-0 dengan dua jaringan daripada dirinya, beliau kelihatan gembira dan bangga meraikan kemenangan ini.

Namun sebelum pulang selepas perlawanan tamat, beliau meluahkan kekecewaan hatinya berkaitan masalah pemotongan gaji yang dibuat tanpa persetujuan atau perbincangan bersama.

Advertisements

“Benda ni salah, Mickey ada hak untuk lawan pergi (laporkan) ke MFL. Setakat RM5000-RM10,000 tak kan kita nak pergi (ajukan) ke MFL.

“Kita selesaikan cara baik, bagi balik hak saya, dah, saya pun keluarkan kenyataan terima kasih kepada Terengganu, ini salah faham. Dah, itu yang saya nak sebenarnya,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Sebelum ini, Faisal Halim meluahkan kekecewaannya berkaitan hak dirinya sendiri di Twitter miliknya sekaligus menimbulkan 1001 persoalan kepada penyokong bola sepak Malaysia.

Advertisements

Sebelum ini juga, bekas rakan sepasukannya di Terengganu, Joseph Kalang Tie menasihatkan Faisal Halim agar menyelesaikan permasalahan ini dengan cara yang baik agar kedua-dua pihak dapat mengelak permasalahan yang lebih besar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram