Piala AFF: Malaysia ‘Siuuukan’ Laos Tanpa Balas
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan kedua Kumpulan B yang melibatkan pertembungan antara Malaysia menentang Laos menyaksikan kemenangan mudah menjadi milik Malaysia.

Kim Pan-gon memberi kepercayaan kepada muka baharu untuk membuat penampilan apabila hanya mengekalkan dua muka pada aksi pertama iaitu Safawi Rasid dan juga Faisal Halim.

Pemain baharu Selangor, Faisal Halim hampir memecah kebuntuan seawal minit ke-5 apabila rembatannya sedikit melewati palang gol.

Advertisements

Gol pertama tuan rumah akhirnya tiba apabila hantaran leret Nor Hakim Hassan singgah di kaki penyerang naturalisasi negara, Sergio Aguero untuk gol pembukaan.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus mengatur gerak dengan asakan bertali arus dilakukan bagi memperoleh gol tambahan.

Cubaan Harimau Malaya untuk memasuki kawasan penalti Laos agak sukar memandangkan para pemainnya berkubu dalam kawasan sendiri.

Advertisements

Gol kedua anak didik Kim pan-gon hadir menerusi pemain sayap sensasi, Faisal Halim yang mudah menanduk masuk hantaran rakan sepasukan pada minit ke-65 untuk memastikan kedudukan selesa.

Pemain baharu Selangor FC ini menambah duka lawan apabila sekali lagi menanduk masuk hantaran daripada Nor Hakim Hassan pad minit ke-68.

Giliran penyerang muda KL City, Haqimi Azim meledak gol debutnya pada perlawanan ini menerusi satu rembatan padu untuk gol kelima Malaysia sebelum Stuart Wilkin menjaringkan gol kelima pada malam ini.

Advertisements

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia mencatat kemenangan kedua berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram