“Pulangkan Hak Saya” – Faisal Halim
Dunia
Haziq / MakanBola
Advertisements

“Pulangkan hak saya, mana boleh ambik hak orang tanpa beri tahu apa-apa,” tulis pemain sayap Harimau Malaya, Faisal halim di media sosial Twitter miliknya terhadap seorang individu atau sebuah organisasi. 

Menerusi pendedahan bekas pemain Terengganu itu, beliau dengan tegas mahukan haknya sebagai seorang pemain bola sepak profesional. 

Tambahnya, beliau sedar jika mengeluarkan kenyaatan seperti ini akan dianggap tidak profesional. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu haknya hilang begitu sahaja. 

Advertisements

“Kita diam orang ingat kita tidak ada masalah, bila kita bunyi orang kata kita tidak profesional. 

Penyerang berusia 24 tahun itu dengan tegas mempersoalkan kepada individu atau sebuah organisasi berkaitan akta yang diikuti oleh pihak tersebut. 

Beliau menyatakan tiada ‘benda’ yang termaktub dalam kontraknya. Oleh itu, beliau mahu tuntut haknya.

Advertisements

“Ikut akta mana ya, jangan ingat kita diam kita tak kitah, dalam kontrak pun tidak ada benda tu, guna kuasa mana ya? #pulangkanhaksaya


Dalam pada itu, pemain terbaru Selangor menyatakan bahawa beliau tiada masalah dengan penyokong Terengganu. 

Beliau turut menyatakan kepada penyokongnya untuk sabar dan tunggu perkara yang sebenar akan terbukti nanti. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram