Bekas pemain Terengganu FC, Joseph Kalang Tie menitipkan pesanan buat pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim.
Pemain berusia 25 tahun itu memuat naik satu hantaran di laman Twitternya baru-baru ini sehingga menjadi perbualan hangat dalam kalangan para penyokong bola sepak tanah air.
Beliau yang mesra disapa Mickey ini memberi bayangan mahu menuntut semula haknya daripada pihak yang tidak dinyatakan secara terperinci.
Namun begitu, Joseph Kalang Tie yang juga merupakan lagenda bola sepak Sarawak berpesan kepada Faisal agar sentiasa berwaspada.
“Mickey perlu ingat, langit tak selalu indah, syukur dengan apa yang kita ada.”
“Pesan Joe (Joseph Kalang Tie), selesaikan dengan cara yang baik dan ikut saluran yang betul.”
Tambahnya, beliau mahu kapten pasukan Harimau Malaya ini mengambil tindakan sewajarnya demi kelangsungan karier bola sepaknya.
” Satu hari bila orang tak perlukan kita baru kita sedar.”
Beliau juga melihat potensi sebenar Faisal untuk terus mencipta nama selaku antara pemain berbakat di Malaysia dan mahu masalah ini diselesaikan secaar profesional.