Pemain Muda Arsenal Jaring 10 Gol Ketika Tewaskan Liverpool
Eropah
Chido Obi
Advertisements

Jarang berlaku di dalam dunia bola sepak apabila seorang pemain berjaya menjaringkan sepuluh gol dalam satu perlawanan.

Namun ianya berlaku kepada pemain muda Arsenal, Chido Obi-Martin. Pemain berusia 15 tahun itu merekodkan 10 jaringan dalam aksi menentang Liverpool yang mana menyaksikan Arsenal menang besar 14-3.

Pemain muda kelahiran Denmark itu telah memuat naik satu foto di laman Instagram beliau yang memaparkan gambar sebiji bola beserta keputusan perlawanan tersebut.

Advertisements

Dengan usia yang masih muda, beliau telah mencetuskan keghairahan dalam pasukan remaja Arsenal dan baru-baru ini namanya berada dalam pemerhatian pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Bintang yang semakin meningkat naik itu telah menandatangani perjanjian biasiswa dengan The Gunners untuk musim depan. Untuk musim ini, Obi-Martin sudah mula berlatih dengan pasukan bawah 18, bawah 19 dan bawah 21 tahun Arsenal.

Advertisements

Walaupun layak mewakili England dan Nigeria melalui warisannya, Obi-Martin masih belum memutuskan negara untuk diwakili di peringkat senior kelak selepas Denmark dan England menunjukkan minat.

Buat masa ini, Obi-Martin mewakili Denmark Bawah 17 tahun. Namun begitu, pada Februari lalu, beliau juga pernah menyarung jersi England di peringkat umur bawah 16 tahun.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram