Liverpool sudah mengenal pasti beberapa calon sebagai pengganti penyerang Mesir, Mohamed Salah.
Selepas Salah dan The Reds mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini, ramai penyokong ingin tahu siapa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.
Sportbible melaporkan dua nama berada dalam radar kelab itu ialah bintang Bayern Munich, Michael Olise dan pemain sayap Portugal, Francisco Conceicao.
Olise menjadi tonggak utama Die Roten sejak menyertai kelab itu dari Crystal Palace. Beliau merekodkan 15 gol dan 23 bantuan gol musim ini.
Meskipun begitu, The Reds perlu berbelanja sebanyak €200 juta (RM924 juta) jika ingin mendapatkan bekas graduan akademi Reading itu.
Selain itu, Olise juga masih memiliki baki kontrak sebanyak tiga tahun bersama Bayern. Sekiranya itu tidak berlaku, Conceicao dilihat sebagai alternatif.
Pemain sayap Juventus itu merekodkan empat gol dan tiga bantuan gol musim ini. Conceicao juga berpeluang menjadi sebahagian daripada skuad Portugal ke Piala Dunia 2026.
Selain Olise dan Conceicao, Bradley Barcola dan Yan Diomande juga berada dalam radar Liverpool.
Meskipun begitu, The Reds dijangka mendapat tentangan Paris Saint-Germain (PSG) untuk mendapatkan khidmat Barcola.
Diomande pula dilaporkan berada dalam radar banyak kelab termasuk Bayern dan musuh tradisi Liverpool, Manchester United.