Advertising
Luahan Pilu Jurulatih Skuad Muda Kedah
MakanBola
KDA FC C

Jurulatih skuad bawah 20 tahun Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Roslee Mat Derus meluahkan isi hati memilukan berkenaan isu tunggakan gaji yang membelenggu kelab tersebut.

Roslee berkata tunggakan gaji yang belum diterima kini adalah sebanyak 9 bulan dan ianya telah memberikan tekanan kepada beliau untuk menjalani kehidupan seharian.

Ad

Selain kini bergantung hidup dengan saudara-mara dan rakan-rakan, Roslee juga meluahkan bahawa beliau tiada duit untuk menghantar anak ke sekolah.

Ad

“Dari segi pembayaran (pinjaman) kereta, sangkut. Bayaran pinjaman macam-macam. Nak hantar anak ke sekolah pun tiada duit. Sekarang ni cuma (pinjam duit) dengan kawan-kawan, saudara-mara dan adik beradik.

“Kalau tak, memang saya tak boleh nak survive. Saya ingat ini jalan terakhir, bagi kenyataan begini sebab saya dah tertekan sangat. Saya tak tahu jalan macam mana dah untuk dapatkan gaji saya yang dah terlalu lama sangat.

Ad

“Ianya boleh menjejaskan keseluruhan dari segi emosi dan kesihatan saya. Saya harap saya boleh dibayar secepat mungkin,” luah Roslee kepada Astro Arena yang disiarkan di laman X.

Ad

Dengan pendedahan yang dibuat Roslee ini bermakna masalah tunggakan gaji yang membelenggu Kedah bukan sahaja berlaku di dalam skuad utama Liga Super malah ianya juga merebak ke pasukan-pasukan muda mereka.

Ad

Terdahulu, pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berjanji tidak akan lari daripada tanggungjawab dan akan sehabis baik mengatasi isu gaji ini.