Ads
“Lubnan Beri Segalanya Hadapi Malaysia” – Rabih Ataya
Asia
Lebanon FA

Pemain tengah berpengalaman Lubnan, Rabih Ataya percaya pasukan itu akan menampilkan aksi terbaik bila berdepan Malaysia.

Advertisements

Ataya bukan asing dengan arena bola sepak Malaysia kerana pernah mewakili UiTM FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Malah beliau juga bertanggungjawab mengecewakan skuad negara apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 13 Jun 2017.

Advertisements
Advertisements

Selepas ketinggalan menerusi gol awal Mahali Jasuli, The Cedars meraih kemenangan di SNBJ menerusi dua jaringan Ataya.

Pemain berusia 35 tahun itu mengakui bukan mudah melepasi cabaran negara di pentas final Pestabola Merdeka 2024. Pada masa sama, Ataya percaya Lubnan akan beri yang terdapat untuk meraih gelaran juara kejohanan berprestij itu.

Advertisements

“Ia pasti sukar kerana kami bermain di Malaysia. Tetapi saya kenal semua pemain, saya kenal rakan-rakan saya. Apabila kami bermain dalam keadaan sukar, kami akan bermain dengan lebih baik.

“Saya kenal pemain Malaysia seperti Safawi Rasid (dan) Faisal Halim, mereka pemain yang amat bagus. Tetapi kami perlu bermain dengan cara yang sama untuk berdepan Malaysia. Insya Allah kami akan bermain dengan baik.

“Apabila kami bermain dalam final, kami perlu memberikan segalanya dan sekiranya menang, ia akan menjadi trofi pertama yang akan kami bawa pulang ke Lubnan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Weekend.

Advertisements

Malaysia dan Lubnan bakal bersemuka di pentas final pada 8 September untuk menentukan juara Pestabola Merdeka 2024. Satu lagi aksi antara Tajikistan dan Filipina pula bakal menentukan siapa yang bakal mendapat tempat ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram