Luis Garcia Disebut Menuju Ke JDT
MakanBola
LFC/JST
Sponsors

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat bakal menjadi destinasi bagi bekas pemain Liverpool dan FC Barcelona, Luis Garcia.

Terdahulu, timbul khabar angin yang memaklumkan bahawa bekas pemain kebangsaan Sepanyol iaitu Luis Garcia bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi sebuah kelab di Liga Malaysia.

Ad

Walau bagaimanapun, makluman oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam ini tidak disertakan bersama nama atau pun identiti pasukan yang bakal mendapatkan khidmat Luis Garcia ini.

Ad

“Dari Sepanyol ke Malaysia, bekas pemain sensasi Liverpool Luis Garcia bakal menjadi CEO sebuah pasukan Liga Malaysia,” lapor Zulhelmi Zainal Azam di X.

Terkini, perkongsian oleh pemerhati bola sepak negeri Johor, Juan Budiman seakan jelas bahawa pasukan JDT akan menjadi destinasi baharu buat Luis Garcia di Liga Malaysia.

Ad

Malah, gambar yang dimuat naik oleh Juan Budiman juga menyaksikan kelibat Luis Garcia telah bersemuka bersama Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Ad

”Selamat datang ke Johor, Luis Garcia,” tulis Juan Budiman di laman X.

Ad

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak JDT mahupun Luis Garcia mengenai pelantikan ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments