Bekas Pemain Barcelona Bakal Jadi CEO Kelab Liga Malaysia?
MakanBola
FC Barcelona
Sponsors

Seorang bekas pemain Barcelona dikhabarkan bakal menggalas peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Figura yang dimaksudkan ialah Luis Garcia. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sebuah pasukan Liga M yang tidak dinamakan bakal menjadi destinasi legenda Liverpool itu.

Ad

“Dari Sepanyol ke Malaysia, bekas pemain sensasi Liverpool Luis Garcia bakal menjadi CEO sebuah pasukan Liga Malaysia,” katanya di X.

Ad

Garcia, 46, cukup dikenali peminat bola sepak terutama di Malaysia. Semasa bersama Liverpool, beliau membantu pasukan itu muncul juara Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan The Emirates FA Cup.

Garcia juga dilihat cukup arif dengan bola sepak Asia. Ini kerana beliau pernah beraksi untuk kelab India, Atletico de Kolkata dan kelab A-League, Central Coast Mariners (CCM).

Ad

Selain The Reds, Barca, CCM dan Atletico de Kolkata, Garcia juga pernah beraksi untuk Atletico Madrid, Racing Santander, Real Valladolid, CD Tenerife, Puebla FC dan UNAM Pumas dan Panathinaikos.

Ad

Selepas bersara pada 2016, beliau berkhidmat sebagai penganalisis bola sepak untuk saingan La Liga, UCL dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ad

Garcia juga turut menggalas peranan sebagai duta Liverpool, Barcelona, UEFA, La Liga dan FIFA.

Berita ini menyaksikan beliau bakal mengikut jejak beberapa legenda bola sepak menggalas peranan di peringkat pengurusan. Antaranya ialah Edwin van der Sar (Ajax Amsterdam), Juan Roman Riquelme (Boca Juniors) dan Oliver Kahn (Bayern Munich).

Pemilihan bekas pemain sebagai CEO pasukan Liga M bukan sesuatu yang asing. Antara pasukan yang berbuat demikian ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City FC.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments