Luqman Hakim & Annil Vigneswaran Dalam Senarai 17 Pemain Muda Malaysia Ke Kem Latihan Pusat
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang lincah negara, Luqman Hakim Shamsudin mengetuai senarai 17 orang pemain skuad muda Malaysia ke latihan pusat menjelang Piala Asia B-23 di Qatar April ini.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), latihan yang bermula pada Ahad, 17 Mac 2024 adalah sebahagin daripada persiapan menjelang Piala Asia B-23 2024 di Qatar, 15 April hingga 3 Mei 2024.

Barisan 17 pemain di atas ini akan disertai beberapa pemain berikut yang ketika ini sedang menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon sejak 8 Mac lalu.

Advertisements

Mana-mana pemain di bawah ini yang tidak berada dalam skuad akhir untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman akan dilepaskan untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan.

Antara nama yang dipanggil ialah penyerang Yokohama SCC, Luqman Hakim disusuli beberapa nama seperti Daryl Sham, Fergus Tierney, Umar Hakeem, Azim Al-Amin dan Annil Vigneswaran.

11 pemain yang ketika ini menjalani latihan bersama skuad senior berpotensi untuk menyertai kem latihan sekiranya tidak ke Oman iaitu Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Harith Haiqal, Safwan Mazlan, Haqimi Azim dan lain-lain.

Advertisements

Sementara itu, seramai 16 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai awal yang dikeluarkan termasuklah Firdaus Irman, Faiz Amer, Azrin Afiq, Azhad Harraz dan lain-lain.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait untuk kempen Piala Asia B-23.

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bakal berdepan lima perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk Piala Asia B-23 2024.

Advertisements

Lima perlawanan tersebut ialah India pada 22 dan 25 Mac, China (3 April) dan Qatar (6 atau 7 April).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengatur satu lagi aksi persahabatan dengan satu pasukan pada 10 atau 11 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram