Luqman Hakim Bawa Pengalaman Di Jepun Ke Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membawa pengalaman yang diperoleh bersama kelab di Liga 3 Jepun, Yokohama SCC bersama Malaysia.

Pemain berusia 22 tahun itu kembali berkelana di Asia daripada kelab Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman di divisyen tiga Jepun untuk memperoleh lebih banyak minit bermain.

Hasrat itu bagaimanapun menjadi kenyataan apabila beliau sudah beraksi dalam beberapa perlawanan namun tidak diturunkan pada perlawanan terakhir sebelum berlepas ke Malaysia.

Advertisements

Luqman Hakim telah diberikan kepercayaan untuk turun beraksi dalam kesebelasan utama pasukan yang menghuni tangga ke-6 liga, Matsumoto Yamaga pada 9 Mac yang disiarkan di Astro Arena.

Kali terakhir beliau tiba bersama skuad b-23 negara adalah ketika aksi persahabatan di China pada Disember tahun lalu ketika Malaysia mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan.

Skuad muda negara telah mengharungi dua aksi persahabatan menentang India dengan satu kemenangan dan satu seri dengan tiga lagi aksi menanti di Qatar.

Advertisements

Perjalanan skuad muda negara akan ke Qatar pada awal April bagi menghadapi saingan Kumpulan D yang melibatkan pasukan Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait bermula 17 April 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram