Debut Luqman Hakim Bakal Disiarkan Di Astro
Asia
yscc1986
Advertisements

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton penampilan pertama penyerang Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin di Liga J3 Jepun bersama kelabnya, YSCC Yokohama.

YSCC Yokohama yang kini menduduki tangga ke-16 liga dijadualkan bertemu pasukan yang menghuni tangga ke-6 liga, Matsumoto Yamaga pada 9 Mac.

Perlawanan YSCC Yokohama dan Matsumoto Yamaga itu bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 802 HD jam 1 petang. Berita siaran langsung itu telah diumumkan Astro Arena melalui satu perkongsian di laman X.

Advertisements

“Saksikan debut Luqman Hakim di Liga J3 bersama skuad YSCC Yokohama FC pada 9 Mac ini diikuti perlawanan seterusnya YSCC Yokohama FC menentang FC Lmabari pada 16 Mac 2024, jam 1 petang di Astro Arena Saluran 802HD,” umum Astro Arena di laman X.

Terkini, YSCC Yokohama telah mengumumkan kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Matsumoto Yamaga dengan nama Luqman Hakim turut tersenarai.

Luqman yang dipinjamkan ke YSCC Yokohama dari kelab Belgium, KV Kortrijk telah pun beraksi satu perlawanan bersama YSCC Yokohama dalam saingan Piala Liga Jepun yang mana menyaksikan pasukannya mara ke pusingan kedua selepas menang tipis 1-0 ke atas Mito Hollyhock.

Advertisements

Dalam perlawanan itu, Luqman dimasukkan pada minit ke-77 dan telah menunjukkan aksi berkualiti dengan larian-larian derasnya acap kali berjaya memecahkan pertahanan lawan.

Khidmat Luqman dijangka akan terus ditagih YSCC Yokohama dalam mencari kemenangan sulung dalam saingan Liga J3 Jepun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram