Asia

Kelayakan Piala Asia B-17: India Tekad Benam Malaysia

India B 17 FA Malaysia Kelayakan Piala Asia B-17: India Tekad Benam Malaysia
FA Malaysia

Skuad India Bawah 17 Tahun (B-17) sedia mengalahkan Malaysia untuk mendapatkan tiket layak ke Piala Asia B-17 2027.

Advertisement

Keazaman itu dizahirkan jurulatih pasukan itu, Mehrajudin Wadoo menjelang aksi terakhir Kumpulan E pada 21 November ini.

Mehrajudin melihat hanya kemenangan saja yang dapat menjamin kedudukan India untuk layak ke kejohanan ini secara berturut-turut. Sebelum ini, India juga layak ke Piala Asia B-17 2026.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan para pemain, dan saya memberitahu mereka bahawa kami mahu memenangi perlawanan ini,” katanya.

“Kami telah memenangi ketiga-tiga perlawanan setakat ini, dan kami mahu meninggalkan Malaysia dengan satu lagi kemenangan. Saya tegaskan kepada mereka bahawa kemenangan adalah satu-satunya pilihan bagi kami dan itulah sasaran kami.

“Keputusan seri mungkin memadai untuk kami, tetapi berdasarkan pengalaman peribadi sepanjang kerjaya saya, apabila anda memasuki perlawanan dengan niat untuk mendapatkan keputusan seri, anda akhirnya mungkin tewas. Pada pendapat saya, kami perlu memburu kemenangan kerana kami tidak boleh bermain dengan sasaran untuk sekadar meraih keputusan seri.”

Meskipun begitu, Mehrajudin enggan memandang rendah cabaran skuad muda Malaysia. Ini terbukti apabila pasukan itu sudah menjaringkan 12 gol termasuk kemenangan 10-0 ke atas Guam.

“Malaysia pasukan yang bagus. Mereka tewas perlawanan pertama menentang Palestin, yang kami saksikan di stadium, tetapi mereka bermain dengan baik.

“Mereka telah menang menentang Singapura dan Guam dan menjaringkan 12 gol, jadi kami tahu mereka boleh menjadi lawan yang sukar,” tambahnya.

India dan Malaysia akan berentap di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Dua senario berpotensi berlaku jika Malaysia menewaskan India dalam aksi terakhir kumpulan.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...