Asia

Prestasi Hebat Richard Chin ‘Pukau’ Yemen

Richard Yemen Malaysia Malaysia NT 1 Prestasi Hebat Richard Chin 'Pukau' Yemen
Malaysia NT

Pengurusan skuad kebangsaan Yemen mengakui kagum dengan persembahan pemain sayap Harimau Malaya, Richard Chin.

Advertisement

Ini berdasarkan kenyataan pasukan itu susulan kekalahan pasukan Asia Barat itu di tangan anak buah Tan Cheng Hoe di Guangdong, China baru-baru ini.

Meskipun tewas dalam kedua-dua aksi persahabatan menentang Bahrain dan Malaysia, pengurusan Yemen tetap menghargai pengalaman positif sepanjang berada di China.

Pengurusan pasukan yang diberi jolokan Asl Al-Arab itu turut kagum dengan prestasi yang ditampilkan Richard. Dua gol pemain sayap Ross County itu membantu Malaysia menewaskan Yemen 2-1.

“Ia merupakan pengalaman yang positif di mana para pemain serta barisan kejurulatihan berpeluang menguji kemampuan dan menimba pengalaman berdepan dengan corak bola sepak yang berbeza.

“Ini terutamanya ketika menentang pasukan kebangsaan Malaysia, yang mempamerkan kualiti permainan tinggi serta diperkuatkan oleh pemain-pemain yang memiliki kemahiran luar biasa.

“Antara yang paling menonjol ialah Richard Chin, yang membesar di England dan pernah mendapat latihan di akademi kelab Charlton Athletic,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram.

Dua aksi di China menyaksikan Malaysia meraih satu kemenangan dan tewas sekali kepada tuan rumah. Dua keputusan itu menyaksikan skuad negara kekal menduduki ranking ke-133 dunia.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...