Asia

J1 League: Bisa Tokyo ‘Hukum’ Dion Cools & Cerezo Osaka

Cools Cerezo Osaka 7 1 J1 League: Bisa Tokyo ‘Hukum’ Dion Cools & Cerezo Osaka
Cerezo Osaka

Aksi Minggu 15 J League 1 26-27 menyaksikan Cerezo Osaka dan Dion Cools terpaksa akur apabila tunduk di tangan pendahulu liga, FC Tokyo dengan keputusan 3-0.

Advertisement

Pasukan kendalian Pablo Machin terus memberi kepercayaan penuh kepada kapten Harimau Malaya itu untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan dan bergandingan dengan Rikito Inoue di bahagian bek tengah.

Menerusi formasi 4-4-2, Cerezo Osaka bermula baik sepanjang 10 minit awal permainan.

Hasrat Cerezo Osaka untuk mendapatkan rentak terbantut apabila gerakan dalam kotak penalti lawan berjaya disudahkan menerusi satu rembatan kencang, menewaskan penjaga gol Cerezo Osaka, Kosuke Nakamura pada minit ke-8.

Aksi 45 minit pertama tamat dengan keputusan 0-0 buat kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat lebih garang dengan asakan bertali arus untuk mendapatkan jaringan tambahan.

Usaha itu membuahkan hasil selepas penyerang berbisa, Motoki Nagakura menghasilkan jaringan kedua buat pasukan pelawat pada minit ke-49 untuk memastikan tiga mata milik Tokyo.

Cools, tonggak berusia 30 tahun itu berjaya menghalang beberapa siri gerakan berbahaya, namun jentera serangan Osaka gagal mencipta jaringan yang diharapkan.

Hashimoto melengkapkan kemenangan bergaya Tokyo pada babak akhir permainan apabila meremhat masuk bola dari jarak dekat untuk jaringan ketiga pasukan – selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kemenangan FC Tokyo ke atas Cerezo Osaka membantu pasukan itu untuk merekodkan kemenangan ke-11 musim ini dan kekal mendahului carta liga dengan 36 mata selepas 15 perlawanan, sementara Cerezo Osaka terlepas tiga mata berharga untuk berada pada tangga ke-12 liga dengan 17 mata.

Aksi berikutnya menyaksikan Cerezo Osaka bakal bertandang ke gelanggang lawan bagi bertemu Urawa Reds pads 25 November 2026 jam 6.30 petang (waktu Malaysia).

FC Tokyo pula menghadapi tentangan sukar apabila bakal melayan kunjungan pasukan tangga kedua liga, Sanfreece Hiroshima pada hari yang sama, jam 6.00 petang.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...