Asia
YSCC
Advertisements

Kelab Luqman Hakim Shamsudin, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) mencipta kejutan dengan mara ke pusingan kedua J-League Cup 2024.

Advertisements

Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan wakil J2 League, Mito Hollyhock dalam aksi pusingan pertama di Stadium Bola Sepak NHK Spring Mitsuzawa.

Selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan awal J3 League, Yokohama SCC berharap dapat bangkit di hadapan penyokong mereka.

Advertisements

Menariknya, perlawanan hari ini menyaksikan Luqman tersenarai dalam senarai pemain simpanan Yokohama SCC.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah terpaksa bekerja keras menafikan asakan demi asakan yang dilemparkan Mito.

Advertisements

Ketumpulan serangan pelawat memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Yokohama SCC secara perlahan-lahan mula meningkatkan asakan ke atas Mito bagi mendapatkan gol.

Kesungguhan mereka membuahkan hasil apabila Koki Matsumura meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-67.

Yokohama SCC berdepan kesukaran apabila Yutaro Yanagi mengutip kad kuning kedua pada minit ke-79. Ini mendorong tuan rumah membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Luqman pada minit ke-79.

Penyerang yang dipinjamkan dari KV Kortrijk itu segera membantu tuan rumah mempertahankan kelebihan yang dimiliki sehingga tamat perlawanan.

Pusingan kedua J-League Cup menyaksikan Luqman dan Yokohama SCC bakal berdepan wakil J1 League, FC Tokyo pada 16 April ini.

Kemenangan hari ini dijangka memberi tonik kepada Yokohama SCC untuk memburu kemenangan pertama dalam J3 League bila menentang Matsumoto Yamaga pada 9 Mac ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram