Lima pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) turun menjalani latihan akhir tatkala pasukan bakal berdepan aksi getir.
Pasukan bimbingan Xisco Munoz bakal menentang Brunei DPMM bagi aksi separuh akhir Piala FA 26-27, dalam misi untuk mengekalkan rekod cemerlang untuk melangkah ke pentas akhir.
Sementara itu, Brunei DPMM juga berada pada momentum terbaik selepas membenam cabaran Kuala Lumpur City FC pada aksi suku akhir dengan agregat 4-3.
JDT tidak berdepan sebarang masalah untul menempah tiket ke pentas separuh akhir kejohanan, selepas mengatasi tentangan Penang FC dengan agregat 11-3.
Harimau Selatan dilihat giat mempersiapkan pasukan menjelang aksi separuh akhir, dengan kelibat beberapa pemain utama terus mewarnai sesi latihan akhir pasukan di Bandar Sri Begawan.
Antara watak penting yang mewarnai kem latihan JDT termasuklah tonggak utama seperti Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi, Afiq Fazail, Manuel Hidalgo, Jairo, Nacho Mendez dan juga Shahab Zahedi.
JDT juga terus membuka ruang buat pemain muda seperti Christian Abad, Daniesh Amirruddin selain watak seperti Yago Caesar terus menjadi sandaran pasukan.
Rekod pertemuan menyaksikan JDT menang kesemua tiga aksi bertemu DPMM, termasuklah kemenangan 3-0 pada 4 September yang lalu.
Aksi antara JDT menentang DPMM akan berlangsung pada 23 Oktober jam 8.15 malam di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.


