Advertising
Luqman Hakim Beri Bayangan Tinggalkan KV Kortrijk, Pulang Ke Malaysia?
MakanBola
FA Malaysia

Pemain lincah Malaysia, Luqman Hakim memberi bayangan bahawa beliau akan membuat keputusan mengenai masa depannya di Eropah seawal bulan Januari.

Pemain berusia 22 tahun itu kembali bersama pasukan kebangsaan bawah 23 tahun negara apabila mendapat kepercayaan oleh ketua jurulatih, Juan Torres dalam senarai panggilan ke kem latihan kebangsaan.

Skuad muda negara berlepas ke Shanghai, China untuk mengharungi dua aksi persahabatan berdepan skuad bawah 23 tahun China.

Ad

Ini juga menjadi sebahagian daripada persiapan yang dilakukan menjelang sepak mula Piala Asia b-23 di Qatar pada bulan April tahun hadapan.

Ad

Mengulas lanjut, beliau ketika ditemui oleh Harimau Malaya memberi bayangan mengenai masa depannya sungguhpun ketika ini masih bergelar pemain KV Kortrijk.

Ad
Ad

“Sebelum ini saya ke Iceland, lepas Kelayakan Piala Asia tempoh hari saya sudah pulang ke Belgium bersama KV Kortrijk dan saya masih pemain mereka.”

Ad

“Perancangan saya setakat ini bersama Kortrijk tetapi pada bulan Januari nanti akan ada perubahan Insya-Allah,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Hasrat Luqman untuk meraih minit permainan di Iceland bersama Njardvik kelihatan sukar selepas berlakunya bertukaran jurulatih sekaligus merencatkan perancangan beliau.

Anak jati Kelantan ini juga telah dikaitkan dengan kepulangan ke Malaysia sejak bulan Ogos lalu namun masih tiada sebarang perkembangan setakat ini.