Advertising
Luqman Hakim & Njardvik FC Berpisah?
Transfer
MakanBola
FA Malaysia

Teka teki mengenai status peneyrang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama kelab Iceland, Njardvik FC menjadi tanda tanya peminat boleh sepak tanah air.

Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan ke Njardvik daripada kelab Belgium, KV Kortrijk dengah kontrak satu musim pada awal Januari lalu.

Beliau memilih untuk ke sana bagi memperoleh lebih banyak minit bermain bagi mengembangkan lagi potensi sebenarnya.

Ad

Perancangan itu bagaimanapun tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila jurulatih utama pasukan telah dipecat.

Ad

Kedatangan barisan kejurulatihan baharu menyebabkan anak jati Kelantan ini kurang menjadi pilihan utama pasukan sekaligus menyebabkan beliau kerap memanaskan bangku simpan.

Sebelum ini, terdapat beberapa khabar angin yang memaklumkan bahawa kontrak beliau bersama Njardvik sudah pun tamat lebih awal.

Ad

Perkara ini dikukuhkan lagi apabila senarai 24 ornag pemain b-23 yang dikeluarkan oleh FAM bagi kem latihan kebangsaan menunjukkan pemain ini kini milik KV Kortrijk.

IMG 2309 Luqman Hakim & Njardvik FC Berpisah?

Panggilan ke kem latihan kebangsaan November

Pada panggilan ke Kelayakan Piala Asia B-23, Ogos lalu, nama kelab Luqman masih lagi diletakkan sebagai Njardvik FC sekaligus mengukuhkan lagi kepulangan beliau ke Belgium.

IMG 2310 Luqman Hakim & Njardvik FC Berpisah?

Panggilan ini juga bakal memberi motivasi tambahan kepada pemain muda ini terus merebut tempat dalam kesebelasan utama Malaysia b-23 di Asia.