Ads
Luqman Hakim Dapat Beraksi 5 Minit, Yokohama SCC Kalah Kali Ke-6
Asia
YSCC

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali dalam skuad Yokohama SCC namun mengalami kekalahan di tangan Tegevajaro Miyazaki.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu sudah diketepikan dalam beberapa perlawanan setelah pulang daripada tugasan kebangsaan bersama Malaysia B-23.

Advertisements

Khidmat beliau bagaimanapun kembali ditagih oleh pasukannya ketika turun berdepan pasukan di tangga ke-19 liga Divisyen tiga Jepun itu.

Advertisements
Advertisements

Aksi babak pertama berlangsung dengan agak baik namun pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Ren Inoue sebelum Keigo Hashimoto menggandakan kedudukan.

Bersambung babak kedua, Kazuki Kuranuki iaitu pengendali Yokohama SCC mula mengatur langkah baru untuk mencari dua jaringan penyamaan.

Advertisements

Beliau melakukan beberapa pertukaran namun kemasukan pemain lincah Malaysia itu agak lambat.

Anak jati Kota Bharu itu masuk pada minit ke-85 bagi menggantikan Shuto Kojima namun tidak berjaya mengubah kedudukan.

Luqman Hakim beraksi kali pertama setelah diketepikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini namun gagal menghalang kekalahan pasukannya.

Advertisements

Yokohama SCC kini menghuni tangga ke-14 dengan 17 mata dan bakal berdepan Nagano pada 8 Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram