Luqman Hakim Jadi Buruan 3 Pasukan Liga Super
MakanBola
Yokohama SCC
Sponsors

Penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin kini menjadi buruan tiga pasukan Liga Super.

Selepas beraksi secara pinjaman bersama kelab Jepun, Yokohama Sports & Culture Club (YSCC) pada musim 2024, penyerang berusia 23 tahun itu kini kembali bersama kelab Belgium itu.

Ad

Luqman bakal bergelar ejen bebas selepas ini kerana kontraknya bakal berakhir pada 30 Jun 2025. Ini memberi ruang kepada beliau untuk berunding dengan mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Ad

Kini, wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan Selangor FC dan Negeri Sembilan FC berminat mendapatkan khidmatnya.

“Ia kini antara Selangor dan Negeri Sembilan untuk mendapatkan khidmat penyerang Luqman Hakim Shamsuddin.

Ad

“Jika beliau menyertai The Red Giants, ada kemungkinan beliau akan dipinjamkan ke Negeri Sembilan,” katanya di X.

Ad

Selain Selangor dan Negeri Sembilan, kelab Pantai Timur, Terengganu FC juga dilaporkan berminat mendapatkan khidmat bekas penyerang Njardvik itu.

Ad

Ini selepas Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad mendedahkan Peteh ada berhubung dengan De Kerels berhubung status Luqman.

“Rasanya Terengganu pun ada berhubung (dengan KV Kortrijk),” katanya di X.

Sebelum ini, Peteh pernah menyatakan minat untuk menyambar khidmat Luqman menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka, Mohd Sabri Abas.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments