Advertising
Luqman Hakim Tinggalkan Yokohama SCC
Transfer
MakanBola
Yokohama SCC

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin sah tidak lagi bersama kelab J3 League, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC).

Pengurusan Yokohama SCC memaklumkan penyerang berusia 22 tahun itu bakal meninggalkan kelab itu pada akhir musim 2024 selepas tamat tempoh pinjamannya.

Ad

“Kami ingin memaklumkan kepada bahawa Luqman Hakim akan meninggalkan pasukan pada akhir musim 2024 disebabkan tempoh pinjamannya sudah berakhir,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Luqman dalam satu kenyataan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terutama penyokong sepanjang tempohnya bersama kelab Jepun itu.

“Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada ahli kelab, staf kejurulatihan dan penyokong YSCC atas sokongan padu dan dedikasi kepada kelab kita dalam musim ini untuk tahun 2024.

Ad

“Saya gembira beraksi untuk kelab ini. Saya harap pada masa akan datang, kita akan berjumpa lagi. Saya gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini. Terima kasih semua. Selamat berjaya untuk musim hadapan,” katanya.

Ad

Luqman merekodkan sembilan penampilan dalam semua kejohanan buat Yokohama SCC untuk tahun 2024.

Ad

Selepas tamat tempoh pinjamannya bersama kelab J3 League itu, bekas penyerang Njardvik itu dijangka kembali menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk.

Luqman memiliki masa untuk menentukan hala tuju kariernya yang seterusnya. Ini kerana tetingkap perpindahan pemain antarabangsa dibuka pada Januari 2025 sekaligus memberinya peluang untuk menilai pilihannya.