Ads
Eropah
Luqman Sham 10

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali ke Belgium dengan azam baharu bagi meneruskan kerjaya bola sepak profesionalnya di sana.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh beliau di laman X nya, pemai berusia 22 tahun itu berkongsi detik kegembiraan apabila kembali ke Belgium.

Advertisements

Anak jati Kelantan ini dipinjamkan ke kelab divisyen satu Iceland, Njardvik FC namun bergelut untuk mendapatkan tempat dan minit permainan.

Advertisements

Advertisements

Beliau hanya turun beraksi beberapa kali dengan kebanyakannya selaku pemain gantian pada baba akhir permainan.

Luqman bagaimanapun memaklumkan bahawa beliau sedang menjalani latihan tambahan bersama jurulatih peribadinya di sana.

Advertisements

“Ketika hari cuti, bekerja dengan jurulatih peribadinya di sana. Gembira untuk kembali ke Belgium, negara yang cantik dan orangnya baik-baik. Terima kasih John,” ujarnya di laman X.

Beliau sempat menutup hantarannya dengan kata-kata semangat agar tidak mengalah dengan perjuangannya selama beberapa tahun di Eropah.

“Jangan pernah mengalah.”

Sebelum ini, terdapat beberapa sumber yang melaporkan bahawa kontrak pemain ini bersama kelab Iceland itu sudah tamat atas persetujuan bersama namun tiada sebarang makluman dari pemain atau ejen pemain tersebut.

Beliau ketika ini masih memiliki baki kontrak bersama KV Kortrijk dua tahun lagi namun hala tujunya masih belum dipastikan.

Advertisements

Kali terakhir kelibat Luqman adalah ketika membantu skuad b-23 negara mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia yang membawa kepada kejayaan skuad negara ke Qatar tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram