Jalil Rasheed Puji Kecekalan Luqman Hakim
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kecekalan pemain muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin untuk terus berjuang di Eropah menarik perhatian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed.

Pemain berusia 21 tahun itu ketika ini berdepan ujian hebat susulan tidak berjaya menterjemahkan persembahan terbaik untuk membantu Malaysia pada pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand.

Sungguhpun Malaysia layak selaku runner-up terbaik ke Qatar tahun hadapan, persembahan individu yanh ditonjolkan oleh bintang KV Kortrijk itu mencuri perhatian.

Advertisements

Beliau tidak menjaringkan sebarang gol berdepan Bangladesh, Filipina dan Thailand sekaligus menyebabkan aksinya dipersoal.

Kebimbangan ini dizahirkan oleh hos segmen Bola Itu Life, Keesh yang merasakan bahawa Luqman menghadapi kekangan mendapat minit bermain ketika ini.

“Luqman berhak untuk pergi bermain di mana sahaja yang dia mahu. Dia tidak perlu kembali, jika dia tidak mahu.”

Advertisements

“Tetapi pada usia 21 tahun, dia sangat perlu berada di tempat dia bermain minggu demi minggu. 30-40 perlawanan setahun. Ia boleh di mana-mana, asalkan dia bermain.”

Jalil bagaimanapun tampil memberi pandangannya tersendiri tentang sisi Luqman yang tidak diketahui ramai.

“Betul. Tinggal di Eropah, jangan pulang ke Malaysia. Kerja keras itu penting.”

Advertisements

“Dari pengalaman (lalu) dengannya, dia seorang profesional yang cemerlang, berkelakuan baik, paling awal hadir untuk latihan, makan secara sihat. Sentiasa berbangga bahawa dia adalah wakil senegara saya ketika dia bermain untuk kelab,” jelasnya.

Pemain kelahiran Kelantan ini bergelut untuk mendapatkan minit bermain bersama kelab Iceland, Njardvik FC selepas jurulatih yang membawanya ke kelab telah dipecat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram