Luqman Hakim Kesan Perubahan Besar Malaysia B-23 Bersama Juan Torres
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin melihat kemajuan yang baik skuad b-23 negara di bawah kendalian Juan Torres Garrido menjelang aksi Piala Asia di Qatar, April ini.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres Garrido untuk menghadapi aksi penting di Asia.

Beliau yang kini beraksi di liga Divisyen tiga Jepun bersama Yokohama SCC yakin untuk terus memberikan yang terbaik buat skuad muda negara.

Advertisements

Luqman mengembara ke Jepun daripada tempoh pinjaman daripada kelab Belgium, KV Kortrijk

“Kita akan bergerak secara bertahap di bawah Juan Torres. Saya lihat prestasi pasukan ini semuanya okay dan saya juga yakin dengan pasukan ini.”

“Pemain dalam pasukan juga sudah meningkat. Mereka kini berada dalam fasa dewasa dan masing-masing sudah tahu apa yang mahu dilakukan,” ujarnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Advertisements

Prestasi pasukan juga berkembang positif terutamanya selepas merekodkan kemenangan ke atas China dan India.

“Saya berpuas hati dengan apa yang dilakukan bersama staf kejurulatihan. Sebagai pemain kami sentiasa bersedia. Kita dapat bersedia menentang pasukan yang bagus iaitu China dan Qatar. Ini laluan yang baik untuk kami bersedia.”

Sebagai rekod, Luqman Hakim baru sahaja melakukan debut bersama YSCC awal Mac lalu namun berada si bangku simpanan bagi tiga aksi berikutnya.

Advertisements

Perjalanan skuad muda negara akan ke Qatar pada awal April bagi menghadapi saingan Kumpulan D yang melibatkan pasukan Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait bermula 17 April 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram