Penyerang Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim Shamsudin mengakui merasa sebak bila beraya bersama keluarga tercinta.
Ini kerana ini bukan saja sambutan Aidilfitri pertama beliau bersama keluarga dalam tempoh enam tahun.
Malah, beliau menyambut Aidilfitri tanpa bapa tercinta, Allahyarham Shamsudin Mahmood. Allahyarham Shamsudin kembali ke rahmatullah pada 3 November 2024.
Meskipun sedih, Luqman tetap bersyukur kerana dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
“Ini tahun pertama saya beraya bersama keluarga selepas enam tahun. Syukur Alhamdullilah,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.
“Saya sedikit sedih apabila tidak dapat menyambut bersama ayah yang sudah meninggal. Ibu saya masih ada, jadi segalanya alhamdulillah.”
Selepas menyertai Negeri Sembilan pada awal musim 2025/26, Luqman sudah meledakkan enam gol dan mencipta satu bantuan gol dalam 22 penampilan.
Namanya juga tersenarai dalam senarai 28 pemain yang dipanggil jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski bagi menghadapi cabaran Vietnam.