Luqman Hakim Sertai Kelab Selatan Tanah Air?
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dijangka membawa haluan ke Selatan tanah air.

Pemain berusia 23 tahun itu dikhabarkan bakal meninggalkan Eropah selepas 5 tahun untuk kembali ke Liga Malaysia.

Ad
Sponsors

Tonggak KV Kortrijk di Belgium itu menjadi buruan beberapa buah kelab terkemuka di Malaysia dalam persiapan menuju musim 2025/26.

Ad

Menerusi laporan oleh wartawan, T. Avineshwaran, pemain versatil itu bakal membawa haluan untuk menyertai Negeri Sembilan bagi musim baharu.

Beliau akan bersama-sama beberapa pemain lain seperti penjaga gol KL City FC, Azri Ghani, tonggak kebal Selangor iaitu Khuzaimi Piee termasuklah Hakimi Abdullah dan Ariff Al-Rasyid.

Ad

Luqman sebelum ini turut berada dalam radar pasukan Pantai Timur, Terengganu menunjukkan minat mendalam untuk membawa pemain ini bagi musim baharu.

Ad

“Kami sudah risik pemain itu (Luqman) bagi membolehkannya beraksi bersama TFC pada saingan Liga M nanti. Lagi pun kami serius untuk mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan itu.

Ad

“Bagi memastikan ianya menjadi kenyataan, jika tiada aral pihak kami akan mengadakan pertemuan dengan pemain itu pada Mei nanti untuk perbincangan lebih terperinci,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi berhubung kelab baharu yang bakal menjadi pilihan pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini bagi musim hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments