Luqman Hakim Terlepas Aksi Sulung
Asia
YSCC
Advertisements

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin terlepas aksi sulung Liga J3 bersama kelabnya, YSCC Yokohama yang menentang Kataller Toyama sebantar tadi.

Luqman, 21 terlepas aksi tersebut selepas tidak disenaraikan dalam skuad di hari perlawanan di mana menyaksikan namanya tidak berada di dalam kesebelasan utama mahupun di barisan pemain simpanan.

Perlawanan sulung YSCC Yokohama itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan menghadiahkan satu mata berharga buat pasukan itu yang beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Advertisements

Untuk aksi seterusnya, YSCC Yokohama bakal bertemu Osaka juga di gelanggang sendiri yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac depan.

Luqman berada bersama YSCC Yokohama sebagai pemain yang berstatus pinjaman dari majikannya iaitu kelab Liga Belgium, KV Kortrijk.

Advertisements

Pemain yang bakal menginjak ke usia 22 tahun pada Mac nanti sebelum ini telah mensasarkan untuk menjaringkan 10 gol bersama YSCC Yokohama selain mahu memberikan aksi sebaik mungkin di atas padang untuk membantu pasukan.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua Luqman dipinjamkan dengan sebelum ini beliau pernah dipinjamkan ke kelab Iceland, UMF Njardvik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram