Madame Pang Janji RM1.3 Juta Kepada Pemain Thailand
Asia Tenggara
MakanBola
Changsuek
Advertisements

Skuad Thailand bakal mendapat habuan lumayan sekiranya berjaya melepasi kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.

SiamSport mendedahkan pengurus pasukan Gajah Perang, Nualphan Lamsam atau Madame Pang bersedia membayar 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada pemain dan staf pasukan.

Advertisements

Ganjaran bonus ini ditawarkan kepada mereka sekiranya skuad Thailand berjaya keluar dari Kumpulan C dan mara ke pusingan ketiga kelayakan.

Selain itu, beliau turut menawarkan sejuta baht (RM131,000) kepada semua pemain dan staf sekiranya Thailand berjaya mengutip mata dalam pusingan kelayakan.

Advertisements

Contohnya, sekiranya Thailand berjaya mengikat China esok, mereka akan dibayar sejuta baht (RM131,000) kerana meraih satu mata.

Namun begitu, jika mereka berjaya mengalahkan Dragon’s Team, mereka akan mendapat tiga juta baht (RM394,000) kerana mendapat tiga mata penuh.

“Suasana dan semangat dalam pasukan amat bagus, semua orang mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka. Piala Dunia amat penting dengan semua orang mahu bermain dan membuktikan kemampuan mereka.

Advertisements

“Jika kita bermula dengan bagus, ini akan memberi keyakinan dalam perlawanan seterusnya terutama perlawanan pertama menentang China.

“Disebabkan kita bermain di gelanggang sendiri, kita tidak boleh kalah dan harapnya kita akan manfaatkan kelebihan daripada suasana dan sokongan penyokong. Begitupun, nak dapatkan mata pertama bukan mudah,” katanya kepada SiamSport.

Ganjaran ini bakal merangsang semangat anak-anak buah Mano Polking untuk memburu kemenangan di Stadium Rajamangala esok.

Advertisements

Inisiatif bonus ini bukan sekali digunakan Madame Pang sebagai pembakar motivasi skuad Gajah Perang.

Inisiatif sama juga pernah digunakan bagi menyemarakkan semangat skuad Thailand dalam mendepani Sukan SEA 2022 dan Piala AFF 2022.

Advertisements

News Comments Account