Madam Pang Janjikan Bonus Lumayan Jika Thailand Menang Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea
Dunia
IG Panglamsam
Advertisements

Nualphan Lamsam, pengurus pasukan bawah 23 (B-23) Thailand, telah mengumumkan bahawa bonus lima juta baht (RM 636,284) akan diberikan kepada pasukan Thailand jika berjaya memenangi pingat emas di Sukan SEA Hanoi 2021.

Nualphan, yang digelar “Madam Pang” oleh media Thailand, menyampaikan berita itu kepada para pemain menjelang aksi pembukaan Kumpulan B malam tadi menentang musuh ketat Malaysia di mana mereka tewas tipis 1-2 dalam perlawanan yang berlangsung semalam.

Nualphan berkata insentif itu diumumkan supaya para pemain lebih bersemangat untuk mempamerkan aksi terbaik dan mencipta keputusan yang positif pada setiap perlawanan.

Advertisements

“Saya tahu semua yang datang ke sini (Sukan Sea Hanoi) untuk bermain demi maruah negara tercinta dan saya juga sedar pengorbanan yang dilakukan oleh para pemain dalam acara besar seperti ini,” tambah pengurus Gajah Perang itu.

“Jadi untuk memberi motivasi kepada semua pemain, saya menawarkan bonus lima juta baht untuk menambah motivasi kepada pemain kami merangkul pingat emas.

“Jumlah ini akan menjadi satu bonus tambahan kepada ganjaran yang akan diterima pasukan daripada Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT) jika mereka memenangi kejohanan di Vietnam.

Advertisements

“Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk kami kerana pasukan lain mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan berbanding kami.

“Bagaimanapun, saya dan jurulatih Mano [Polking] percaya para pemain ini mampu untuk mencapai apa sahaja.

“Saya juga berharap peminat kami akan terus menyokong kami dan saya boleh memberi jaminan kepada semua orang bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Thailand dengan memenangi pingat emas.” jelas beliau kepada Bangkok Post.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram