Madame Pang Muncul Presiden Wanita Pertama Bola Sepak Thailand
Asia
Madame Pang
Advertisements

Jutawan kelahiran Thailand, Madame Pang mencipta sejarah apabila muncul selaku presiden wanita pertama bagi Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) berkuat kuasa hari ini.

Beliau sebelum ini bergelar pengurus kepada pasukan bola sepak Thailand memilih untuk meletakkan jawatannya bagi menyertai pemilihan jawatan Presiden tersebut.

Selain itu, Madame Pang juga melepaskan jawatannya selaku pemilik saham terbesar kelab Thai League 1, Port FC selepas berjaya membawa beberapa kejayaan besar kepada pasukan.

Advertisements

Menerusi satu pengumuman, Madame Pang berjaya mengatasi pencabar lain apabila beliau menerima 68 daripada 73 jumlah keseluruhan undian selepas mengatasi dua pencabar, Pauline Ngampring serta bekas jurucakap Liga Thailand, Warong Witthaya.

Beliau juga dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook miliknya telah menzahirkan rasa besar hati untuk terus memberi lebih banyak kejayaan kepada bola sepak Gajah Perang.

Advertisements

Madame Pang memainkan peranan penting terhadap kejayaan Thailand mara ke pusingan kalah mati Piala Asia AFC 2023 termasuklah ketika mengumumkan ganjaran bonus sebesar 5 juta Baht (RM600 Ribu) kepada para pemainnya sebagai tanda penghargaan.

Sebelum ini, jutawan ini telah menzahirkan hasrat untuk membeli saham salah sebuah kelab di Liga Malaysia selepas melihat kerancakan yang berlaku di Liga Usper Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram