Bekas pengurus pasukan kebangsaan Thailand, Madame Pang secara rasminya tidak akan mengekalkan posisinya sekaligus menyaksikan beliau berpotensi besar untuk menunaikan impiannya di Malaysia.
Menerusi satu pengumuman di laman sosial beliau, jutawan berusia 57 tahun itu menyaksikan tempoh dua tahun setengah sebagai pengurus pasukan Thailand telah berakhir.
Beliau banyak memberi impak kepada pemain Thailand termasuklah ketika mengumumkan ganjaran bonus sebesar 5 juta Baht (RM600 Ribu) kepada para pemainnya susulan kejayaan mara ke pusingan kalah mati Piala Asia AFC 2023.
Madame Pang melakukan keputusan besar ini selepas mahu memberikan fokus sebaiknya tatkala beliau akan bertanding sebagai jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Pemilik kelab Thai League 1 bersama Port FC ini menjadi salah seorang calon bagi posisi tersebut untuk menggantikan posisi Somyot Pumphanmuang dan berdepan saingan Pauline Ngampring serta bekas jurucakap Liga Thailand, Warong Witthaya.
Sebelum ini, Madame Pang pernah menyatakan hasratnya untuk melabur dalam saingan Liga Malaysia selepas melihat suasana yang berlaku di sini.
Beliau yang memiliki saham terbesar Port FC sebelum ini mengakui tertarik dengan suasana Liga Malaysia selain menyatakan kesediaan untuk merealisasikan hasrat tersebut sekiranya ada tawaran kerjasama daripada mana-mana pihak.
“Untuk turut serta dalam arena bola sepak, saya fikir ia sesuatu yang bagus jika adanya rakan kongsi. Industri bola sepak di rantau ini makin berkembang.”
“Jika sesebuah negara memiliki liga yang bagus, maka skuad kebangsaan juga akan jadi bagus kerana dua perkara ini sentiasa berkait rapat,” jelasnya dalam temu bual tersebut.
Presiden FA Thailand, Somyot memberitahu bahawa Madame Pang merupakan calon yang paling layak ujtuk menggantikan tempatnya.