Advertisements
Madame Pang Mahu Labur Dalam Industri Bola Sepak Malaysia
Dunia
MakanBola
FA THAILAND

Pemilik kelab Liga 1 Thailand, Madame Pang sedia membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila beliau difahamkan sudi melabur dalam industri bola sepak Malaysia.

Beliau yang memiliki saham terbesar Port FC itu mengakuit tertarik dengan suasana Liga Malaysia dan sedia merealisasikan hasrat tersebut sekiranya ada tawaran kerjasama daripada mana-mana pihak.

Beliau memiliki hasrat untuk melihat bola sepak di rantau ini terus berkembang maju. 

“Untuk turut serta dalam arena bola sepak, saya fikir ia sesuatu yang bagus jika adanya rakan kongsi. Industri bola sepak di rantau ini makin berkembang.”

“Jika sesebuah negara memiliki liga yang bagus, maka skuad kebangsaan juga akan jadi bagus kerana dua perkara ini sentiasa berkait rapat,” jelasnya dalam temubual tersebut.

Pasukan milik Madam Pang ketika ini berada pada tangga ketujuh Liga Thailand dengan mengumpul 22 mata hasil lima kemenangan dan tujuh seri selepas 15 perlawanan.

Malaysia juga berjaya meneruskan momentum berdepan skuad Gajah Perang apabila melakar kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.