Kedudukan Malaysia Selepas Aksi Indonesia vs Singapura
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berada di kedudukan terbaik dalam carta Kumpulan A FIFA ASEAN Cup 2026.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe memulakan kempen FIFA ASEAN Cup dengan langkah kanan setelah membenam tentangan Bangladesh 3-0 dalam perlawanan pembukan Kumpulan A pada petang Jumaat.

Dua jaringan daripada Arif Aiman di separuh masa pertama dan gol debut Bergson bersama Harimau Malaya sudah memadai bagi menghadiahkan 3 mata berharga buat pasukan kebangsaan dalam kejohanan edisi sulung ini.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia di kedudukan teratas Kumpulan A dengan mengumpul 3 mata selepas tamat perlawanan pertama, manakala Indonesia yang menewaskan Singapura 2-0 berada di tangga yang kedua.

Indonesia yang turun membawa sokongan ribuan peminat tampil garang dengan dua jaringan di setiap babak oleh Ragnar Oratmangoen dan Ole Romeny menghadiahkan 3 mata pertama buat skuad yang dijuluki Sang Garuda.

Tangga ketiga Kumpulan A ketika ini diduduki oleh Singapura yang tewas di tangan Indonesia, sementara Bangladesh pula berada di tempat tercorot selepas dibolosi 3 gol oleh Harimau Malaya dalam perlawanan pertama ini.

Perlawanan kedua peringkat Kumpulan A setelah ini akan menyaksikan pertemuan epik antara Malaysia vs Indonesia pada Isnin, 28 September manakala Singapura bakal bertemu Bangladesh pada hari yang sama di sebelah petang.