Madame Pang Puas Hati Hampir 50,000 Penyokong Thailand Ke Stadium
Asia Tenggara
Thailand FA
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (Thailand FA), Madame Pang meluahkan kelegaan beliau melihat puluhan ribu penyokong hadir ke Stadium Rajamangala bagi memberi sokongan kepada pasukan.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Thailand FA, beliau jelas gembira melihat kehadiran para penonton yang memasang impian melihat pasukan Thailand mecapai kejayaan.

“45,458 orang! Madame Pang gembira melihat gambar peminat bola sepak Thailand memenuhi Stadium Rajamangala dan tidak berputus asa dengan harapan untuk mara ke pusingan seterusnya,” tulis Thailand FA laman Facebook.

Advertisements

Madame Pang turut memohon maaf di atas kekalahan kepada Korea Selatan semalam dan berjanji bagi pihak Thailand FA akan membantu skuad bimbingan Masatada Ishii kembali meraih kemenangan dalam dua aksi terakhir kumpulan.

“Kami memohon maaf tentang keputusan perlawanan ini, tetapi apa yang sangat mengagumkan ialah hampir 46,000 peminat datang untuk menonton di Rajamanagala. Sebagai presiden persatuan, kami perlu berterima kasih kepada anda dari hati kami,” katanya selepas perlawanan.

“Selepas ini, kami akan terus bekerja keras. Saya percaya bahawa Masatada Ishii akan melihat apa yang perlu diperbaiki. Sudah tentu, dalam perlawanan lawan China, amat penting kerana ia menandakan nasib kita untuk memasuki pusingan ke-3 serta perlawanan di gelanggang sendiri menentang Singapura.

Advertisements

Pada aksi semalam, Thailand yang berjaya mengikat Korea Selatan 1-1 di Seoul minggu lalu terpaksa akur tunduk 0-3 kepada jaguh Asia itu hasil jaringan Lee Jae-Sung, Son Heung-min dan Park Jin-seob.

Carta kumpulan C kini menyaksikan Thailand berada di kedudukan ketiga dengan empat mata selepas empat perlawanan manakala Korea Selatan masih gah di tangga teratas dengan sepuluh mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram