Perlawanan keempat aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Thailand berdepan jaguh Asia Korea Selatan berkesudahan dengan keputusan 3-0.
Aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala Bangkok, Thailand itu bermula dengan kedua-dua pasukan saling mempamerkan prestasi yang cemerlang.
Anak buah pengendali sementara Korea Selatan, Hwang Sun-Hong membuat beberapa serangan bagi mencari gol pembukaan, namun tiada sebarang gol yang dilakukan.
Akhirnya pada minit ke-19 perlawanan, pemain sayap Taeguk Warriors, Lee Jae-sung berjaya meledak gol yang pertama menerusi sepakan ke arah gol selepas bola yang digelecek melepasi penjaga gol Thailand, Patiwat Khammai.
Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel separuh masa pertama tamat.
Babak masa kedua berlangsung, skuad Korea Selatan tidak mengambil masa yang lama apabila penyerang, Son Heung-min terus meledak jaringan kedua bagi mendahului saingan ini menerusi sepakan tenang dalam kotak penalti pada minit ke-54 perlawanan.
Thailand meneruskan tekanan kepada Korea Selatan dengan beberapa sepakan ke arah pintu gol, namun sepakan daripada penyerang itu tersasar luar daripada tiang gol.
Sekali lagi Korea Selatan meneruskan momentum kemenangan dengan menambah gol yang ketiga pada minit ke-82 perlawanan.
Masa tambahan tidak dapat mengubah kedudukan, keputusan 3-0 itu kekal sehingga tamat wisel penamat.
Korea Selatan selepas ini bakal beraksi menentang Singapura manakala Thailand pula akan berdepan China bagi saingan kedua kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 tarikh yang sama pada 6 Jun 2024 kelak.