Piala Dunia
@fbref
Advertisements

Maghribi layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2022 selepas berjaya mengalahkan Kanada dalam perlawanan terakhir Kumpulan F hari ini.

Hakim Ziyech Maghribi Piala Dunia 2022 France 24 English Maghribi Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia Tewaskan Kanada
Hakim Ziyech meraikan jaringan pertama Singa Atlas pada minit keempat. Gambar: France 24 English

Babak pertama menyaksikan Singa Atlas sudah mendahului lawan seawal minit keempat menerusi Hakim Ziyech. Ini selepas penjaga gol Milan Borjan tersilap beri bola kepada pemain sayap Chelsea itu sekaligus memudahkannya mengangkat bola melepasi penjaga gol Red Star Belgrade itu ke gawang Les Rouges.

Pasukan Maple Leafs makin cemas apabila diuji dengan sepakan percuma Abdelhamid Sabiri pada minit kelapan perlawanan. Bagaimanapun, mereka menghela nafas lega apabila percubaan pemain tengah Sampdoria itu mengenai dinding pemain dengan sepakan sudut yang diambil seterusnya berjaya ditangani oleh Borjan.

Advertisements

Kanada cuba bangkit menerusi percubaan penyerang FC Brugge, Cyle Larin pada minit ke-15 selepas menerima hantaran rakan sepasukan Tajon Buchanan. Bagaimanapun, cubaan Larin untuk menolak bola ke gawang Maghribi gagal selepas kakinya tidak sampai pada bola.

Maghribi terus girang menerusi gol kedua yang dijaringkan En-Nesyri. Gambar: NBC Sports Soccer

Les Rouges makin derita apabila Singa Atlas menambah jaringan menerusi penyerang Sevilla, Youssuf En-Nesyri pada minit ke-22. En-Nesyri bersaing dengan beberapa pemain Maple Leafs sebelum berjaya melepaskan diri dan melepaskan rembatan melepasi Borjan untuk gol kedua pasukan Afrika itu. Penyerang Sevilla itu turut mencipta rekod sebagai pemain Maghribi pertama menjaringkan gol dalam dua edisi Piala Dunia.

Bagaimanapun, Kanada merapatkan jurang menerusi gol sendiri Nayef Aguerd pada minit ke-39. Hantaran bek kiri Hatyaspor, Sam Adekugbe cuba dihalang bek tengah West Ham itu tetapi tertolak ke gawang sendiri yang dikawal penjaga gol Yassine Bounou. Itu juga merupakan gol sendiri pertama direkodkan dalam Piala Dunia 2022.

Advertisements

Maghribi menyangka telah menambah jaringan ketiga menerusi En-Nesyri pada minit akhir perlawanan. Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid selepas penolong pengadil mengesan pemain Singa Atlas ofsaid semasa Ziyech mengambil sepakan percuma sebelum ia disudahkan oleh En-Nesyri. Kedudukan 2-1 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Maghribi terus menggugat benteng Kanada. Selepas berjaya menangkap kemas cubaan hantaran Ziyech pada minit ke-48, ia disusuli dengan larian menarik pemain sayap Angers, Azzedine Ounahi. Bagaimanapun, pergerakannya berjaya disekat pemain-pemain Les Rouges sebelum mara lebih jauh ke kotak penalti mereka.

Hantaran pemain Reading, Junior Hoilett kepada pemain Bayern Munich, Alphonse Davies pada minit ke-58 gagal disudahkan kerana percubaannya tersasar. Ini memperlihatkan betapa terdesaknya Kanada memburu gol penyamaan.

Advertisements

Kanada terus kempunan mendapatkan gol penyamaan apabila tandukan kapten Atiba Hutchinson berjaya dikeluarkan daripada garisan gol pada minit ke-72 sebelum tandukan susulan pemain-pemain Maple Leafs berjaya ditanduk keluar pertahanan Maghribi.

Singa Atlas berusaha menambah gol ketiga bagi menambah jurang dengan Kanada. Pada minit ke-79, pemain Fiorentina Sofyan Amrabat melancarkan serangan balas dengan melorongkan bola kepada Abderrazak Hamdallah. Tetapi sentuhan pertama pemain gantian itu mengecewakannya sebelum dirampas oleh pemain-pemain Kanada. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan Maghribi ini membolehkan mereka mengungguli Kumpulan F dan layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2022. Mereka bakal menentang naib juara Kumpulan E bagi menentukan pasukan mana layak ke peringkat suku akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram