Bekas pertahanan kental Malaysia, Mahalli Jasuli mendedahkan bahawa beliau berketurunan Indonesia.
Pemain berusia 35 tahun itu kini beraksi buat KL City dalam saingan Liga Super berkongsi kenangan manis bersama skuad kebangsaan.
Beliau menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika era kegemilangannya apabila mengemudi bahagian pertahanan kanan dengan baik.
Mahali yang juga bekas pemain JDT memaklumkan bahawa beliau memiliki susur galur Indonesia kerana ibu bapanya merupakan warganegara seberang.
“Memang betul pun sebenarnya. Sebab mak bapak saya memang orang Indonesia. Disebabkan saya lahir di sini, saya dapat kad pengenalan di sini.
“Memang betul pun, mak bapak saya kedua-duanya orang Indonesia. Masih lagi ada kad pengenalan merah (status penduduk tetap).
Beliau bagaimanapun bergelar warganegara Malaysia selepas dilahirkan di sini sama seperti adik beradiknya yang lain.
“Tapi kalau lahir di sini, automatik dapat kad pengenalan biru macam adik-beradik apa semua,” jelasnya dalam sesi audio siar di Astro Arena.
Mahali merupakan anak jati Selangor telah melakukan debut bersama Harimau Malaya sekitar tahun 2009 dengan lebih 50 penampilan berjaya diraihkaj bersama skuad negara.
Antara kejayaan manis dalam kariernya adalah apabila beliau membantu Malaysia untuk
[…] Source link […]