Wakil Malaysia di Asean Shopee Cup, KL City berjaya melonjak 180 tangga selepas mengalahkan kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda.
Skuad kendalian Miroslav Kuljanac cemerlang mengekalkan rekod bersih dengan dua kemenangan ke atas Kaya FC IloIlo dan Borneo Samarinda.
The City Boys tidak goyah sungguhpun berdepan wakil Indonesia yang baru sahaja menewaskan kelab Singapura, Lion City Sailors dengan jaringan 3-0.
Berdasarkan kemas kini oleh laman Opta Analyst, KL City kini menghuni tangga ke-227 di Asia dengan 64.3 mata berbanding 410 tempoh hari.
Peningkatan mendadak ini membolehkan KL City menghampiri kedudukan Lion City di tangga ke-223 Asia ketika ini.
Pasukan Ibu Kota itu kini menghuni tangga kedua kumpulan dengan 6 mata bersama Ha Noi FC diikuti oleh Buriram United dan Borneo (3 mata) sambil dua lagi pasukan tanpa sebarang mata.
KL City akan terbang ke Singapura bagi aksi ketiga pada 9 Januari 2024 untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.