Malayan Tigress Hadapi Tentangan Thailand & Indonesia
UltraSukan
FA Malaysia

Skuad futsal Malayan Tigress berdepan tugas sukar apabila mengharungi Kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026.

Ini kerana anak buah Edgar Baldasso bakal berdepan Thailand dan Indonesia dalam Kumpulan A.

Ini berdasarkan keputusan cabutan undi kumpulan kejohanan yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Kumpulan B pula menyaksikan saingan Australia, Filipina, Myanmar dan Vietnam. Kejohanan ini bakal berlangsung di Korat, Thailand dari 24 Februari hingga 2 Mac ini.

Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 yang berlangsung ketika ini menjadi medan buat Baldasso menilai pemain terbaik untuk dibawa menghadapi kejohanan tersebut.

Kejohanan tersebut menyaksikan 15 pemain kebangsaan mengambil bahagian. 10 daripadanya ialah pemain futsal wanita kebangsaan dan lima lagi ialah pemain skuad bola sepak wanita negara.